2) Apa benda yang warnanya adalah namanya? COKLAT
Muat turun aplikasi Teka-Teki Anda Juara ke dalam telefon pintar ANDA!! Klik di sini sekarang!!
4) Benda ini ketika sejuk akan cair, selepas dipanaskan akan beku? TELUR
5) Syurga di luar, tapi neraka di dalam? CILI PADI
6) Bila muda ia kehijauan tegak melangit, ketika tua ia kekuningan tunduk mencondong? PADI
7) Kari yang tiada kuah tapi berisi kentang? KARIPAP
8) Namanya kuih tapi ia bukan kuih, makanan terkenal utara Malaysia? KUEH TEOW
9) Daunnya dibalut kemas dan sentiasa kering sebelum guna, basah semasa guna? UNCANG TEH
10) Apakah kuih yang paling jauh dari bumi? KUIH BULAN
11) Gol untuk bola ini adalah di mulut and. Apakah nama bola itu? BEBOLA IKAN
12) Tepung yang tidak berwarna putih, ia sejenis kuih juga? TEPUNG GOMAK
13) Banyak-banyak tahi, tahi apa yang sangat manis dan boleh dimakan? TAHI ITIK
14) Apakah bunga yang boleh dimakan? BUNGA TELUR
15) Makanan kegemaran monyet yang selalu menjatuhkan orang jika terpijaknya? PISANG
16) Awak akan menangis jika menanggalkan kulit saya. Siapakah saya? BAWANG
17) Anjing kepanasan dipanggil? HOTDOG
18) Perkataan yang digunakan untuk kecemasan dan boleh juga menjadi penyedap makanan. Apakah ia? SOS
19) Penyebab mulut anda berbau kuat? BAWANG PUTIH
20) Makanan kegemaran budak di KFC dan McDonald's? KENTANG
21) Bahan yang digunakan untuk mengembangkan roti. YIS
22) Digunakan untuk memasak bubur manis. KELADI
23) Kanak-kanak suka makan ini, berwarna-warni dan manis. GULA-GULA
24) Manisan pada sebatang kayu, budak suka menjilat dan menghisapnya. LOLIPOP
25) Awan yang boleh dimakan yang membiak dalam kegelapan. CENDAWAN
26) Bangunan yang biasanya ada sayuran, keju atau daging, apa dia? ROTI SANDWICH
27) Saya akan dipotong seusai lagu dinyanyikan dan lilin ditiup, siapa saya? KEK
28) Bentuk saya pelbagai. Badan saya ada warna putih dan coklat. Biasanya disapu dengan mentega. Boleh digoreng, dibakar atau dimakan begitu saja. ROTI
29) Saya putih macam salji, kecil macam pasir, berasal macam laut yang masin, siapa saya? GARAM
30) Saya sedap dan berwarna, berisi atau berkrim, kadang-kadang dimakan bersama susu, teh atau kopi, siapa saya? BISKUT
31) Ikan yang berarang dan berasap. IKAN BAKAR
32) Sejenis buah yang tak bertangkai? BUAH MELAKA
33) Buka baju kuningku, disapu bedak, kemudian campakkan aku ke dalam tasik yang panas untuk dimandikan. Setelah siap mandi, tariklah aku dari tasik. PISANG GORENG
34) Awak perlu pecahkan kulit saya sebelum memasak. Siapakah saya? TELUR
35) Kuih manis yang tengahnya kosong? DONUT
36) Baju yang ketat, tubuh yang sendat, hari raya baru dapat, sebutlah cepat. KETUPAT
37) Warna coklat tetapi bukan coklat. Tempoh agak lama membuatnya, manis juga. DODOL
38) Keris tumpul tertikam ditanah, berwarna putih atau oren. Tengkolok berdaun hijau, apakah ia? LOBAK
39) Walau dipotong, tetap panjang namanya. KACANG PANJANG
40) Badak apa yang boleh dimakan? KUIH BADAK BERENDAM
No comments:
Post a Comment