Saturday, March 7, 2020

15 TEKA-TEKI PAKAIAN

1) Ada tangan panjang dan pendek. Ada badan tapi tiada kaki dan kepala. BAJU

2) Dia ikut landasan untuk masuk dan keluar tapi dia bukan keretapi. ZIP

3) Apa benda yang kita potong, mesti potong ia ke atas? SELUAR

Muat turun aplikasi Teka-Teki Anda Juara ke dalam telefon pintar ANDA!! Klik di sini sekarang!!


4) Kita mesti ikatnya, kalau tidak susah untuk berjalan. KASUT

5) Masuk tegang, keluar lembik. Tanpanya tak boleh ke sekolah. STOKIN

6) Seluar khas untuk bayi sahaja. PEMPERS

7) Lubangnya banyak. Tali ada satu je. Lubang yang besar untuk kaki anda. KASUT

8) Baju yang pemalas dan tak suka bergerak langsung. BAJU TIDUR

9) Awak dah masukkan dia tapi tetap dia berada di luar. BUTANG

10) Ada lima jari macam manusia. Tanpa manusia, ia tak bergerak langsung. SARUNG TANGAN

11) Semua murid wajib memakinya untuk kesekolah. SERAGAM

12) Penutup rambut wanita Islam dikenali sebagai? TUDUNG

13) Saya suka membelit pinggang anda. Kepala saya ada pelbagai corak. TALI PINGGANG

14) Ada tiga lubang. Bentuk tiga segi. Tiada siapa tahu ia dipakai atau tidak. SELUAR DALAM

15) Sesuatu yang dilipat ke atas akan menjadi makin pendek sesuatu itu. SELUAR PANJANG

No comments:

Post a Comment