Saturday, March 7, 2020

30 TEKA-TEKI PEKERJAAN

1) Pembantu Doktor yang menjaga pesakit sepanjang masa. JURURAWAT

2) Ditakuti oleh kanak-kanak yang gemar memakan gula-gila. DOKTOR GIGI

3) Setiap arahan beliau dipatuhi semua orang. Posisi beliau paling hadapan dan beliau hanya bertugas lima kali sehari je. IMAM SOLAT

Muat turun aplikasi Teka-Teki Anda Juara ke dalam telefon pintar ANDA!! Klik di sini sekarang!!


4) Semua haiwan berada di bawah pengawasannya. PENJAGA ZOO

5) Bom yang tidak meletup. Dengan hanya satu panggilan telefon pasti bom ini akan tiba. BOMBA

6) Pakar penjejak musuh di hutan. TENTERA DARAT

7) Beliau mempunyai rumah yang besar, panglima yang setia, dayang yang cantik dan penasihat yang bijaksana. Siapakah beliau? RAJA

8) Doktor yang membaiki besi yang rosak? MEKANIK

9) Dia adalah ketua segala kesihatan. MENTERI KESIHATAN

10) Orang hanya bertemu dengannya untuk meminta wang. JURUBANK

11) Pemeriksa kertas soalan di dalam kenderaan panjang yang bergerak. KONDUKTOR BAS

12) Penasihat agama kepada ketua negara. MUFTI

13) Orang yang suka membersihkan surau dan masjid. SIAK

14) Sentiasa berada di lubuk ilmu. PUSTAKAWAN

15) Hanya beliau sahaja yang paling berkuasa mengubah suatu hukuman. AGONG

16) Manusia akan berjumpa dengannya ketika sakit dan inginkan cuti sakit. DOKTOR

17) Berpakaian kemas dan sangat ditakuti penjahat. POLIS

18) Pengawas kepada ruang langit negara. TENTERA UDARA

19) Orang paling sibuk menyebarkan isu dan berita. WARTAWAN

20) Jarinya pandai meniru wajah di kertas. PELUKIS

21) Pendidik di peringkat lebih tinggi. PENSYARAH

22) Orang yang suka bermain semasa bekerja dan suka kerja semasa bermain. PELAKON

23) Dia potong rambut dan misai lebih 30 kali tetapi masih ada rambut dan misai? TUKANG GUNTING.

24) Pemburu di lautan dan sungai. NELAYAN

25) Kerbau adalah pekerjanya dan dia hanya boleh dilihat di luar bandar sahaja. PETANI

26) Berpakaian putih dan mempunyai topi yang tinggi. CHEF

27) Manusia yang bekerja di udara. JURUTERBANG

28) Orang yang paling ditakuti oleh kanak-kanak bawah umur di kampung. TOK MUDIM

29) Dia bekerja di luar sedangkan tetamunya berada di dalam rumahnya. PENARIK BECA

30) Pekerjaan percuma demi menjaga keselamatan negara daripada penjahat. SUPERHERO

31) Rumah Putih menjadi kediaman rasminya. PRESIDEN

No comments:

Post a Comment