Sunday, March 8, 2020

20 TEKA-TEKI SUKAN PERMAINAN

1) Pertarungan antara kerajaan putih dan hitam demi mempertahankan kedaulatan Raja. CATUR

2) Sukan menguji kekuatan berpasukan. Yang kuat akan menang. TARIK TALI

3) Sejenis buah yang aneh. Hanya mempunyai warna hitam dan putih sahaja. Perlu langkah untuk makan ia. BUAH DAM

Muat turun aplikasi Teka-Teki Anda Juara ke dalam telefon pintar ANDA!! Klik di sini sekarang!!


4) Badanya gemuk berkaki satu. Hanya yang terus berdiri tegak dikira juara. GASING

5) Aku akan terus berjalan sehingga badanku kosong. CONGKAK

6) Sejenis daun yang tidak mempunyai pokok dan dahan. DAUN TERUP

7) Apakah buah yang perlu dibuang untuk menggunakannya? BUAH DADU

8) Permainan ini mempunyai dua wanita yang paling berkuasa. CATUR

9) Roda ini bukan pada kenderaan tetapi apabila ia bergerak, orang akan bersorak dan bertepuk tangan. RODA IMPIAN

10) Permainan untuk merebut hartanah. SAIDINA

11) Perlawanan antara 22 orang merebut sebiji bola. BOLA SEPAK

12) Ada 6 muka tanpa hidung dan mulut. Ada 21 biji mata tetapi buta. Apa dia? DADU

13) Sejenis kereta yang tak akan kemik apabila dilanggar? KERETA MAINAN

14) Bergerak seperti ikan di dalam air. BERENANG

15) Tembakan tepat akan mengeluarkan biji daripada bulatan. GULI

16) Permainan yang memerlukan tali dan angin yang kuat. LAYANG-LAYANG

17) Sejenis sukan pantai yang berkatian jaring dan bikini. BOLA TAMPAR

18) Kotak yang boleh memuatkan beberapa orang dewasa. KOTAK PENALTI

19) Sejenis sukan yang perlu kita tabik semasa bermain. GOLF

20) Pintu yang tidak pernah ditutup tetapi tidak boleh melaluinya. PINTU GOL

21) Lima biji batu dilontar dan disambut. BATU SEREMBAN




No comments:

Post a Comment