Wednesday, March 4, 2020

23 TEKA-TEKI KELAKAR

1) Pada tahun berapakah Deepavali dan Hari Merdeka jatuh pada tahun yang sama?
 SETIAP TAHUN

2) Penilik nasib dapat menilik masa depan anda. Tetapi kenapa dia tanya nama anda pada mula-mula? ENTAH

3) Dalam banyak banyak duri, selain daripada durian, duri apa yang sedap dimakan? KENDURI

Muat turun aplikasi Teka-Teki Anda Juara ke dalam telefon pintar ANDA!! Klik di sini sekarang!!


4) Doktor Siti menggunakan tukul untuk memukul lutut anda. Apakah yang dia nak menguji? TINDAK BALAS

5) Apa yang selalu dipulangkan tetapi tidak pernah dipinjam? TERIMA KASIH

6) Karim adalah seorang penjual roti, dia ditahan oleh seorang polis walaupun tidak melanggar apa undang-undang, kerana polis nak...? BELI ROTI

7) Binatang apa yang bertransformasi dari penghisap darah, ke sekarang orang gunanya dapat duit? LINTAH

8) Pistol bergas yang serang hidung kau? KENTUT

9) Kepala dalam saku, apa dia? DUIT SYILING

10) Perbuatan ini boleh memberikan anda semangat di rumah tetapi ia boleh menyebabkan anda dipecat di pejabat.? TIDUR

11) Buang seketul batu dalam air, apa yang terjadi kepada batu tu? TENGGELAM

12) Apa yang ejaanya salah dalam semua kamus di dunia? SALAH

13) Mak apa paling susah? ALAMAK

14) Benda ini bagus untuk kemajuan negara menurut kerajaan Malaysia? CUKAI

15) Polis bagi saman, bank bagi pinjaman, bos bagi apa? GAJI

16) Macam mana membolehkan ubi berisi? DIAM-DIAM

17) Bila kemalangan berlaku, apa yang dipanggil? 999

18) Hantu di Malaysia yang sangat pandai bersilat? HANG TUAH

19) Langkah apa yang diambil apabila dikejar oleh lembu? LANGKAH SERIBU

20) Berapa lama tempoh kalendar dapat hidup? SETAHUN

21) Ketinggian seorang penjual daging ialah 180cm, apa yang dia timbang? DAGING

22) Macam mana durian boleh berada di atas tanah sendiri? GUGUR

23) Awak berada di dalam sebuah bilik, macam mana nak keluar? BUKA PINTU

24) Apakah ia : Jauh dimata dekat dihati? USUS

No comments:

Post a Comment