Tuesday, March 3, 2020

51 TEKA-TEKI BINATANG

1) Ada banyak kaki dan ada dua bilah gunting? KETAM

2) Binatang yang sangat ditakuti kerana ganas tetapi pemalas kerana suka tidur jek? SINGA

3) Binatang apakah yang seluruh anggota tubuhnya di kepala? KUTU RAMBUT

Muat turun aplikasi Teka-Teki Anda Juara ke dalam telefon pintar ANDA!! Klik di sini sekarang!!


4) Kita setiasa menderma darah kepadanya. Apakah binatang ini? NYAMUK

5) Dalam banyak-banyak hari, apakah hari apa yang banyak binatang dan orang pun takut? HARIMAU

6) Binatang ini kelihatan yang tua dan tidak boleh dimakan tetapi telurnya boleh dimakan? PENYU


7) Apa yang tinggal di alamat kepala manusia? KUTU

8) Farid Bin Kamal, Kancil bin apa? BINATANG

9) Apabila siang, ia akan mati? IKAN

10) Buah yang boleh makan awak? BUAYA

11) Burung yang tak boleh terbang dan suka sejuk tetapi boleh berenang? PENGUIN

12) Manusia gunakan lambang haiwan ini sebagai lampu dipancarkan ke langit untuk memanggil superhero ini? KELAWAR

13) Apakah binatang yang tulangnya hanya satu? SOTONG

14) Digelar jaguh kerana ada keris di kakinya? AYAM JANTAN

15) Mempunyi perisai berduri di atas badannya? LANDAK

16) Sangat kecil, berwarna coklat kemerahan, kalau digigit, sakit rasanya. Manusia menggelarkan aku API, tekalah siapakah aku? SEMUT API

17) Apakah binatang yang mempunyai berwarna hitam putih dibadannya? KUDA BELANG

18) Salah satu watak kartun animasi yang diberi nama Bugs Bunny? ARNAB

19) Menjadi makanan yang terkenal untuk restoran KFC? AYAM

20) Digunakan untuk berlaga kepala dan miliki oleh lembu, kerbau, kambing, dan rusa. TANDUK

21) Ianya dijadikan pengangkutan utama di padang pasir. UNTA

22) Binatang apa yang tak dapat bangun sendiri apabila ia terbalik? KURA-KURA

23) Gajah takut akan apa? TIKUS

24) Pemangsa di laut yang ada sirip yang mahal. IKAN JERUNG

25) Haiwan yang mewakili Batman. KELAWAR

26) Memakai baju putih, digemari serigala, dijaga oleh anjing setia. BIRI-BIRI

27) Ayam apa yang bertelur? AYAM BETINA

28) Juara pemanjat pokok yang paling handal di dunia. MONYET

29) Apa yang ada di badan burung? Tanpanya burung tidak boleh terbang. BULU

30) Asalnya yang hitam, ia akan jadi merah jika dipanaskan? UDANG

31) Pemangsa besar berbulu putih yang tinggal di kawasan kutub? BERUANG KUTUB

32) Binatang berkaki lapan dan dijadikan filem superhero? LABAH-LABAH

33) Saya mempunya badan yang langsing, tidak berkaki dan bertangan tetapi ada lidah bercabang. Siapa saya? ULAR

34) Gading saya menjadi buruan pemburu haram. GAJAH

35) Teman setia kepada pemburu di hutan. ANJING

36) Saya suka terbang ke arah tempat bercahaya dan saya ada baju perisai yang melindungi kepak saya. KUMBANG

37) Musuh kepada tikus. KUCING

38) Saya panjang dan berair, suka mencari lubang dalam tanah, siapa saya? CACING

39) Apa yang berwarna hijau dan boleh melompat jauh. Bersuara ketika hujan? KATAK

40) Binatang yang suka membawa rumah kemana saja. SIPUT

41) Haiwan mitos yang menghembus api melalui mulutnya. NAGA

42) Kekasih sedang bercinta suka memanggil saya dalam bahasa inggeris. LEBAH

43) Makanan manis menjadi kegemaran saya. Suka berkawad dan sangat kecil. SEMUT

44) Leher panjang, mempunyai banyak mata di ekornya dan boleh terbang. BURUNG MERAK

45) Populasi kaum saya semakin pupus. Saya gemar bergayut dan hanya ada di hutan asia tenggara sahaja. ORANG UTAN

46) Tahi berwarna hitam putih dan boleh berjalan melekat di dinding. CICAK

47) Binatang yang mempunyai ekor di belakang dan di hidungnya? GAJAH

48) Orang yang menetap di hutan? ORANG UTAN

49) Abdomen saya boleh mengeluarkan cahaya di waktu malam. KELIP-KELIP

50) Haiwan yang tidak suka membuka kasut ketika tidur. KUDA


51) Saya tinggal dalam cengkerang yang kuat, memakan pasir sehingga membentuk batu cantik yang berharga, siapa saya? TIRAM

52) Binatang yang ada tanduk, suci dan terhormat untuk agama Hindu? LEMBU

53) Saya ada satu kepala, satu badan dan beratus kaki. Siapakah saya? LIPAN


No comments:

Post a Comment