Sunday, March 8, 2020

30 TEKA-TEKI BENDA

1) Ada bentuk bulat dan warna warni. Penawar orang sakit. UBAT

2) Rambutku ada 3 helai. Badanku ramping tanpa tangan. Makanan Mee digunakan untuk sikat rambut aku. GARFU

3) Penangkis air ketika hujan. PAYUNG

Muat turun aplikasi Teka-Teki Anda Juara ke dalam telefon pintar ANDA!! Klik di sini sekarang!!


4) Layang-layang terbang disebabkan angin. Apa yang menarik layang-layang? TALI

5) Ulat yang bijak pandai suka makan apa? BUKU

6) Getah yang digunakan untuk menghilangkan kesalahan. PEMADAM

7) Bendera lanun ada lambang apa? RANGKA

8) Menghantar dokumen melalui wayar fiber. EMAIL

9) Tempat kedua dikenali sebagai...? PERAK

10) Bekas digukan untuk simpan bahan buangan. BEKAS SAMPAH

11) Rawatan rambut gatal dan gugur. SHAMPO

12) Dengan alat ini, kita dapat melihat benda yang jauh. TEROPONG

13) Digunakan untuk mengukur sesuatu. PEMBARIS

14) Pakar pengiraan elektronik. KALKULATOR

15) Petunjuk yang boleh berbicara membawa anda ke lokasi. GPS

16) Anda memikulnya setiap kali ke sekolah. BEG

17) Keputusan ujian murid di cetak ke atas kertas ini. Apakah ia? KAD LAPORAN

18) Ada empat kaki dan muka yang tidak boleh bergerak dengan sendiri. MEJA

19) Juara menyanyi dan bercakap tanpa henti. Tapi tiada mulut? RADIO

20) Apakah yang boleh naik dan turun tanpa bergerak? TANGGA

21) Badan penuh lubang tapi boleh serap air? SPAN

22) Ketika awk kering, dia lembap. Apa dia? TUALA

23) Mukanya mempunyai 12 jerawat. Misainya ada 2 yang sentiasa bergerak ke kanan. JAM

24) Mesin ajaib untuk lihat sesuatu dalam badan kita. XRAY

25) Bukan digunakan semasa hari hujan. Apa dia? PAKU PAYUNG

26) Perlu cuci mukanya agar putih berseri dan boleh digunakan untuk menulis pelajaran. PAPAN PUTIH

27) Apakah kenderaan yang pemandunya perlu berada dibelakang? KERETA SORONG

28) Walaupun dia suka bersembunyi di dalam kayu, namun tetap nampak kepalanya. PAKU

29) Kau lihat dia. Dia lihat kau. Kau pusing kanan. Dia pusing kiri. Siapakah dia? CERMIN

30) Kura-kura panjat dinding yang mempunyai dua telinga. KUALI

No comments:

Post a Comment