Wednesday, March 11, 2020

SELAMAT DATANG KE LAMAN TEKA-TEKI ANDA JUARA

TEKA-TEKI ANDA JUARA

Laman web ini menjadi medium pelbagai koleksi teka-teki yang terkini, trending dan lawak jenaka. Teka-teki ni memerlukan minda anda mencari jawapan dengan logik akal. Ianya pasti menyeronokkan dan mengujakan apabila anda cuba menjawab teka-teki di website ini. Apapun, saya harap anda terhibur dan jangan marah-marah ye.. Jawapan dah disediakan..


APLIKASI ANDROID

Jika anda ingin menambahkan lagi keseronokkan bermain teka-teki ini, anda boleh muat turun (download) aplikasi Teka-Teki Anda Juara ke dalam telefon pintar anda. Ianya PERCUMA!! Hanya klik di sini sekarang!! Terima kasih. 


KONGSIKAN TEKA-TEKI

Anda boleh cuba menguji rakan-rakan anda dengan teka-teki ini sebelum memberikannya jawapan. Pasti sangat menyeronokkan apabila anda melihat rakan-rakan anda kebingungan untuk menjawab teka-teki anda juara. Kongsikan juga website ini di laman media sosial anda. Terima kasih kerana sudi mengunjugi website teka-teki ANDA JUARA.


KATEGORI SOALAN



Sunday, March 8, 2020

20 TEKA-TEKI SUKAN PERMAINAN

1) Pertarungan antara kerajaan putih dan hitam demi mempertahankan kedaulatan Raja. CATUR

2) Sukan menguji kekuatan berpasukan. Yang kuat akan menang. TARIK TALI

3) Sejenis buah yang aneh. Hanya mempunyai warna hitam dan putih sahaja. Perlu langkah untuk makan ia. BUAH DAM

30 TEKA-TEKI BENDA

1) Ada bentuk bulat dan warna warni. Penawar orang sakit. UBAT

2) Rambutku ada 3 helai. Badanku ramping tanpa tangan. Makanan Mee digunakan untuk sikat rambut aku. GARFU

3) Penangkis air ketika hujan. PAYUNG

Saturday, March 7, 2020

20 TEKA-TEKI LOKASI DAN NEGARA

1) Singgahsana Yang Di-Pertuan Agong. ISTANA

2) Singa yang mempunyai tanah yang kaya-raya. SINGAPURA

3) Negara yang tidak ada jalan. NORWAY

15 TEKA-TEKI PAKAIAN

1) Ada tangan panjang dan pendek. Ada badan tapi tiada kaki dan kepala. BAJU

2) Dia ikut landasan untuk masuk dan keluar tapi dia bukan keretapi. ZIP

3) Apa benda yang kita potong, mesti potong ia ke atas? SELUAR

30 TEKA-TEKI PEKERJAAN

1) Pembantu Doktor yang menjaga pesakit sepanjang masa. JURURAWAT

2) Ditakuti oleh kanak-kanak yang gemar memakan gula-gila. DOKTOR GIGI

3) Setiap arahan beliau dipatuhi semua orang. Posisi beliau paling hadapan dan beliau hanya bertugas lima kali sehari je. IMAM SOLAT

Friday, March 6, 2020

30 TEKA-TEKI PENGANGKUTAN

1) Kepalaku besar. Badanku dibuat daripada kayu. Aku hanya makan haba kepanasan untuk hidup. Tanpanya aku mati tidak bergerak. Siapakah aku? BELON PANAS

2) Kereta apa yang berapi? KERETA API

3) Bunga apa yang berwarna hitam yang hanya boleh ditemui di jalan raya? BUNGA TAYAR

Wednesday, March 4, 2020

10 TEKA-TEKI MINUMAN

1) Daunya hijau, masuk dalam air, sedap diminum. Apakah ia? TEH

2) Apa benda yang akan habis walaupun anda makannya atau tidak? AIS

3) Mi yang boleh minum dengan ais? MILO

21 TEKA-TEKI BUAH-BUAHAN

1) Banyak-banyak jenis buah di dunia ini, buah apakah yang paling banyak menimbulkan pertanyaan? APPLE

2) Sejenis buah yang mempunyai mahkota di kepalanya dan banyak mata? NANAS

3) Syurga di dalam, tapi kepanasan? DURIAN

41 TEKA-TEKI MAKANAN

1) Kulitnya keras, di dalamnya ada cecair yang bila dipanaskan, dia boleh dimakan? TELUR

2) Apa benda yang warnanya adalah namanya? COKLAT

3) Mempunyai ekor dan kepala, tetapi bukan haiwan. Apakah ia? TAUGE

20 TEKA-TEKI ANIMASI KARTUN

1) Saintis berbaju besi yang kaya raya dan kacak? IRONMAN

2) Boleh merangkak didinding dan disyiling, berbunyi chak-chak? CICAKMAN

3) Tikus biasanya ada empat kaki, tetapi apa tikus yang hanya ada dua kaki? MICKEY MOUSE

23 TEKA-TEKI KELAKAR

1) Pada tahun berapakah Deepavali dan Hari Merdeka jatuh pada tahun yang sama?
 SETIAP TAHUN

2) Penilik nasib dapat menilik masa depan anda. Tetapi kenapa dia tanya nama anda pada mula-mula? ENTAH

3) Dalam banyak banyak duri, selain daripada durian, duri apa yang sedap dimakan? KENDURI

Tuesday, March 3, 2020

20 TEKA-TEKI POKOK DAN TUMBUHAN

1) Bila disentuh akan menguncup, tak sentuh tak kuncup? POKOK SEMALU

2) Pokok yang berani mengeluarkan jantungnya? POKOK PISANG

3) Waktu kecil boleh makannya, bila besar boleh membuat binaan? POKOK BULUH

51 TEKA-TEKI BINATANG

1) Ada banyak kaki dan ada dua bilah gunting? KETAM

2) Binatang yang sangat ditakuti kerana ganas tetapi pemalas kerana suka tidur jek? SINGA

3) Binatang apakah yang seluruh anggota tubuhnya di kepala? KUTU RAMBUT